Monday, November 21, 2011

.:: Cita Yang Menghilang ::.





Setiap Individu Mempunyai Cita-cita dan Matlamat, Misi dalam bergempur denganNya.. Kita perlu bersiap siaga dalam segala aspek rohani mahupun jasmadi dan mental.. Tetapi, Impian yang kita Idamkan selama ini, sukar untuk dikecapi tanpa sebarang minat..

Assalamualikum buat semua yang follow Megat..
Post kali ni megat buat sebab terlampau KECEWA+HAMPA+SEDIH=MARAH dengan diri Megat.. Kelmarin 21/11/2011, Result untuk SPA [Latihan Separa Perubatan (PPP)] keluar... Alangkah Dukacitanya bila keluar kt SKRIN NETBOOK (Dukacita anda tidak berjaya untuk Latihan)
Serius, Time tu, memang bersemangat nak Study STPM (Sejarah)hilang terus.. Dan mula nak nangis.. Ye lah, cita2 megat kot dari Form4 lagi.. Tahniah buat Sahabat megat.. Mustaza Rahman sebab layak untuk menyertai Latihan PPP.. Tahniah taw (^____^)

Dalam Suasana Hening tu, Megat memang x boleh nak tahan kedukaan yang berpaut di hati ni.. Hanya ALLAH ja yang tahu.. Tapi, Serius.. Megat pasrah je.. Walaupun Cita-cita x ketersampaian.. Sekurang-kurangnya, dalam Family Megat dah ada dlm Bidang Perubatan.. Kan? Tahniah Buat kak Fatini.. Adik jeles dengan kamoo.. Hehehe (n____n) terbaeekkkk!!

Kemarin STPM bermula dengan Paper Pengajiam Am Kertas 2 (900/2)..
= Alhamdulillah, Megat boleh buat walaupun dalam tekanan sebab Pengawas Peperiksaan Tunggu Megat untuk Ikat kertas... OMG!!!!!

______________________________________________

Hari ini (22/11/2011) Selasa...

= Megat bangun pagi tadi, terus memikirkan tentang masa depan Megat.. Sebenarnya, megat masuk Form 6 ni bukan sebab nak masuk Universiti pun.. Cuma transit untuk Megat join PPP ja.. Tapi nak buat macam na, dah x ada rezeki kan.. Mungkin Allah dah letakan rezeki yang lain untuk megat kot.. Amin...
Dalam keserabutan, selepas persiapan diri dibuat.. Megat terus capai Netbook kesayangan Megat ni dan bergegas ke Dorm 1L2 untuk surf internet..

--------------------------------------------------------
Terdetik jauh disudut hati, Allah menggerakkan Jari megat untuk mencari Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Cikgu ka?) Carian unversiti yang menawarkan pogram Pendidikan.. Walaupun, dahulu megat x berminat nak jadi cikgu.. Hari ni, terdetik nak menjadi guru.. walaupun dah hampir 13 tahun berada di sekolah, ramai yang berbicara bahawa "Alah, boring jadi cikgu, dah la lama belajar kt Sekolah, lepas tu nak balik mengajar kt sekolah pulak"..
Itu hanya tanggapan kolot mereka yang x tahu menilai profesion ini sebagai amalan dan sumbangan buat anak bangsa..

= megat berusaha sehabis baik untuk STPM 2011 ni, supaya dalam Famili Megat ada yang masuk Universiti dlm bidang Pendidikan... Amin...

______________________________________

Antara universiti yang menjadi pilihan hati jantung intan permata ialah :

~Universiti Putra Malaysia
~Unversiti Sains Malaysia
~Universiti Pendidikan Sultan Idris
~ Universiti Malaysia Sarawak

[Ya ALLAH, kau berikanlah petunjuk dan jalan keampunan untuk diriKu.. Ya Robbi, Kau maha pengasih lagi maha penyayang, Kau berikanlah kebaikan dalam setiap perbuatan yang aku lakukan dan anugerahkan kejayaan dalam STPM 2011... Amin]

Sunday, November 20, 2011

.:: Ku Layarkan DoaKu buatMu ::.


Teman,Sahabat dan Kawan merupakan pemberian ALLAH buat kita supaya menjalinkan silaturahim antara satu dan lain. Sahabat merupakan Anugerah yang terindah pernah Megat terima daripada Ilahi..

Assalamualikum dan salam sayang buat semua insan yang bergelar teman,kawan dan sahabat..
Post kali ni, Megat nak luahkan apa yang terbuku dan tersirat dalam sanubari megat sepanjang 5tahun megat mengenali teman ini.. Sungguhpun, dia tidak sebaik Kamu yang berwatak Baik, namun dia punyai Hati yang Ikhlas dan Jujur serta kata2 yang baik tanpa menyinggung perasaan temannya yang lain.. Serius, Megat puji kebaikan dalam kelemahan dia.. Walau apa pun, Megat doakan agar kamu cepat sembuh...

_________________________________________________-
Detik Pertemuan :
Ketika berusia 13 thn, Megat ditawarkan Pengajian KAA di SMK Paya Keladi.. Pada hari pertama persekolah, insan bernama Muhammad Sufi B. Abdul Razak ini telah menyapa Megat dengan senyuman yg begitu ikhlas. Hampir 3 tahun bersama dari Tingkatan 1 sehingga 3, Megat dah mengenali dia seadanya.. Megat pernah bersahabat dengan ramai orang.. Tapi, Sufi seorang yang neutral.. X pernah ada puak2.. Sufi x pernah mengejek Megat walaupun, orang dihadapan, dikiri dan kanan masih mengejek Megat dengan perkataan yang agak menyakitkan..
~ Sufi berperwatakan cool,slumber,sempoi buat dalam semua tu. Ada ketegasan.. Sebagai Abang sulong dalam kelas kami, Sufi juga selalu memberi nasihat buat kami semua.. Megat suka dengan perwatakan dia, tapi Megat seorang yang x suka perokok.. So, megat just buat x tahu pasal diri kamu ketika kita berada di Tingkatan 4Sains..

~ Sufi, megat dok tengok sufi dah x macam dulu.. Baik, sopan (still ada, cuma x mcm dulu). Serius, masa tu, jauh dlm sudut hati megat.. Megat tertanya-tanya "Awat sufi berubah sangat?" Masa PMR dulu, Sufi dpt 4A walaupun dalam keadaan sempoi n main2 dlm kelas.. Megat tabit dengan sufi arr... (^___^).. Sufi dah mula leka bila masuk menengah atas nie..

~ Walaupun Sufi terima kritikan bila result SPM keluar.. Megat taw, Sufi menyesal kan? Alhamdulillah, ALLAH sayang sufi Sebenarnya... Allah bagi peluang yang awal untuk Sufi berubah.. Megat bersyukur sufi dah wat yang terbaik dlm SPM ulangan.. Tahniah taw...

~ 31/05/2011
- Tarikh ni, last kita jumpa.. Ni tarikh lahir megat.. Masa tu, kita jumpa kt Pejabat Pos Kepala Batas.. Megat perasan Sufi kt situ sambil tulis borang permohonan kolej kan? Megat saja ja wat x nampak.. Nak tengok sufi mcmna.. Hahahaha.. Serius, sufi tegor megat.. Lepas tu, wish Happy Birthday~ Serius masa tu, terharu gila... Ingat lagi birthday Megat... Thanks la Sufi...

~20/11/2011
Tarikh yang megat akan ingat sampai bila2...
= Megat p ngan Pali umah kamu, tapi sufi x sihat masa tu.. ur got Stomacache.. Masa tu, sufi ada kt depan pintu rumah kan? Macam taw2 ja, megat nak p jumpa sufi.. Thanks taw sebab sambut megat... Teruja sangat>>>
= Megat tengok reaksi sufi, sufi mcam x suka ja megat p.. tapi lepas megat salam sufi.. Megat dpt rasakan yang sufi dah lama tunggu megat an... Masa tu, ayah sufi nak cebokan sufi.. Pali nan megat masuk dulu dok kt atas bangku tu.. Lepas tu, ayah sufi cerita.. Sufi bangun pukul 2 pagi sampai sekarang (12tghari) sufi xmakan n x tidoq.. Serius, terharu sangat.. Mungkin Sufi teruja nak jumpa Megat kot, thanks sekali lg.. Dah selesai mandi n bersiap.. Sufi nampak Macho,nsem ssangat.. Walaupun nampak kurus sedikit.. But, ur ar ensem boy...
= Sufi nan megat also pali dok menyembang rabung dengan sufi.. Walaupun Sufi cuba untuk bercakap, Megat x faham.. Serius waktu tu, memang sebak+sedih+airmata dah nak burst dari mata.. But, sufi tetap nak katakan sesuatu.. Sufi megat mintak maaf sebab x dpt dengar apa yang nak sufi katakan.. Mungkin Sufi nak bagi nasihat mcam dulu2 masa kita kt kolah kan?? Thanks taw... Syang kamooo... Megat p ngan pali masa tu, n pali dah nak masuk UiTM dah.. Pukui 1ptg dia nak bertolak.. So, kejap je lah kita jumpa,sembang2.. Best sangat dapat sembang ngam sufi... Masa megat nak balik tu, Megat minta maaf kt sufi.. Tiba2, Air mata Sufi jatuh.. Serius waktu tu, megat sakit kelapa sebab dok tahan x mao nangis.. Last2, jatuh juga.. Sorry taw sufi, Megat x sekuat,seikhlas n setabah Sufi terima ujian ALLAH.. Mungkin kami dpt tengok, tapi sufi ja yang taw semua tu.. Megat taw, Sufi kuat sangat.. Boleh aih lawan Sihir tu.. Kuatkan Iman taw.. Insyaallah, ALLAH tolong.. Megat akan doakan yang terbaik untuk Sufi.. Sufi kena usaha taw..

[Ya Allah, Kau permudahkan jalan yang sahabatku lalui untuk mencari keredhaanMu ya ALLAH, Kau perliharalah dia dan bukakanlah pintu taubat buat sahabatku ya ALLAH, ringankanlah ujian yang kau berikan ya ALLAH, Amin Ya Robbal Alamin..]

~ Semoga Cepat Sembuh taw... ~

Wednesday, November 16, 2011

.::Warkah Terakhir :::.

Assalamualikum dan Salam Sayang buat Semua...
Megat nak mintak maaf sebab dah lama megat tak update blog ni.. Bukan apa, sibuk kan.. Nak exam STPM ni... Tapi, hari ni.. Megat cuba untuk tidak menyibukkan diri.. Nak tahu kenapa?? Mood Megat sekarang tengah sedih ni.. Nak berpisah dengan mereka yang Megat sayang... Post kali ni, berkisarkan kehidupan Megat sebagai Pelajar Tingkatan Enam dan Pelajar Asrama.. Megat post entry kali ni untuk meluahkan apa yang terbuku di hati Megat selama hampir 1 Tahun di SMK Bakti.. Walaupun seketika cuma, namun Megat merasakan bagai bertahun serasi bersama mereka...
___________________________________________

Warkah Ku buat Mu :-

Assalamaulaikum w.b.t

Kehadapan adik-adikKu dan teman-temanku yang setia bersama Megat didalam suka mahupun duka. Selepas ini, Megat sukar menerima perkhabaran dan sahutan mesra penuh kasih sayang dari kamu semua.. Kamu tidak akan berjumpa lagi dengan Megat di SMK Bakti seperti setiap pagi kita bersama, setiap petang kita bersuka ria dan setiap malam kita belajar bersama.. Semua itu Megat akan abadikan sebagai kenangan kita bersama. Sejuta penghargaan buat kamu semua kerana sudi menerima Megat seadanya. Megat ingin memohon seribu kemaafan jika sepanjang perkenalan kita dan persahabatan kita diri ini mungkin menghiris perasaan kamu semua. Tidak lupa juga buat teman seperjuanganKu yang tidak pernah jemu dan bosan mendengar ceritera dan masalah serta rintihan sukmaKu. Megat bersyukur pada yang Maha Esa kerana dengan RahmatNya Megat berada di SMK Bakti dan Asrama yang indah ini. Buat Warden yang tersayang (Bakri Hanafiah), terima kasih kerana Cikgu telah memberi sumber inspirasi dan kekuatan untuk Megat teruskan perjuangan.. Terima Kasih CIKGU!!! Megat berada disini bukan kerana terpaksa tetapi kerana Megat terpanggil untuk menjenguk SMK Bakti yang selama ini Megat dengar pelbagai TOMAHAN sadis dan dahsyat.. Namun, setelah kaki ini melangkah ke pintu gerbang BAKTI, semuanya hanya Cerita Dongeng semata-mata... Hampir setahun Megat berada disini, pelbagai rintagan yang Megat hadapai, Kritikan dan cabaran yang seringkali menjenguk kehidupan seharian.. Satu Matlamat dan Cita Megat pautkan di dahan Perjuangan... Terima Kasih kepada anda semua yang telah membuat cita-cita Megat hampir menuju di mercu..

~ Buat Adik Tersayang (Ikhwan), Thanks 4 everything that U give to me before.. Thanks 4 ur caring and ur loving.. In this post, I gonna to ask ur apologize and hope U happy always also pass with flying color in SPM 2012. Fly to the SKY my lil bro be PILOT.. I always pray the best of luck for U "da emo boyz".

~Buat Pelajar Form6, Megat ingin memohon sejuta kemaafan dan berdoa agar kita semua berjaya menjejakkan kaki ke Merana Gading dan memperolehi keputusan yang cemerlang dalam STPM 2011.. Amin... Insyaallah.. C.U.D.IPT (Doakan Megat agar berjaya masuk ke Kolej Pembantu Perubatan dalam melangkah kaki ke profesion Penolong Pegawai Perubatan (PPP) yang berdedikasi kelak.. Amin)

~Buat Atif dan Fahmiezul : Terbaeeekkk Wook!! Tahun ini, tahun pertama dan terakhir Megat berada disini, serius rasa macam dah kenal korang mcm 10 tahun dah... Hehehe.. Sweet sangat.. Segala lambaian manis dan igauan pahit yang Megat perolehi bila bersama kamu.. Thanks taw.. Credit to both of U+++++

~ Buat Azri : Megat terkesima dengan ucapan kamu ketika Majlis Perpisahan Aspura 2011 di surau dengan kata-kata kamu. "Semoga Megat berjaya dalam MA (penolong pegawai perubatan). Thanks Dude (n____n) [Megat akan ingat ucapan itu].

~ Buat Sufi : Megat nak minta maaf jika selama Megat tinggal di Aspura, Megat tidak mengikut arahan kamu.. Kamu memang terbaeekkk!! Thanks sebab sering ingatkan Megat mengenai Islam. Semoga kamu sukses di dunia & akhirat.

~ Asyraf Puteh : Ini pertama kali Megat dengar luahan hati kamu.. Tersentuh hati Megat mendengarnya. Thanks sebab menjadikan Megat terbaik dari abang kandung kamu.. Tapi, Asyraf kena ingat taw, walaubagaimanapun sikap mereka kepada kamu.. Ingat!! Mereka adalah darah daging kamu.. Mungkin mereka terlepas pandang, cuba untuk tarik perhatian mereka kembali.. Insyaallah, asyraf akan happy dengan family kamu.. Amin... Megat harap Asyraf tidak mengikut jalan yang salah dalam mencari Teman.. Kamu Boleh!!!

~ Fakhrul : Kamu adalah insan yang sangat istimewa yang pernah Megat kenal.. Kamu manja,comel dan memiliki suara yang lunak. Gunakan kelebihan yang kamu perolehi dengan sebaik mungkin.. BOLEH??? Megat juga memberi pengharapan yang amat tinggi agar Fakhrul tidak merokok lagi dan cuba menjadi anak yang soleh.. Amin... Insyaallah..

~Ridzuan (Bedot) : Thanks sebab kamu sudi menggambarkan Megat sebagai Abang kamu.. Tapi ingat, abang Wan buat macam tu, mungkin dia ada alasan yang kukuh.. Wan cuba untuk dekati dan bermanja dengan abang kamu ya... Terima Kasih juga kerana memberi kasih sayang seorang adik buat Megat.. Rindu kamoo ketat-ketat.Megat harap, wan pun dapat jadi seorang PPP suatu hari kelak.. Paramedic 4 Malaysia (^___^)v.. Peace..

~Mizan : Cubalah untuk Jadi matang!! Ok??

~ Haris : Megat mintak maaf pasal kes dulu ek.. Haris baik.. Cuma, Haris salah pilih kawan.. Megat harap, haris pun x merokok lagi taw.. Semoga Haris menjadi anak yang SOLEH!!!

~ Ashraf Azhar : Thanks 4 everything.. Memang terbaeekkk wokk!! Serius, happy sangat dengan kamu walaupun kita kejap je dapat kenal.. But, enjoy.. Semoga Ashraf berjaya dalam SPM 2011.. Amin..

~ Zulkifli (karpet) : Megat nak mintak maaf kalau ada buat apa-apa kt Zul.. Semoga berjaya dalam PMR 2012.. Buat yang terbaik..

~ Najmi ; Megat nak minta maaf pasal hari tu.. Bukan megat nak pinggirkan kamu.. Cuma, pada masa itu.. Megat ada banyak masalah sangat.. So, sorry sebab abaikan kamu.. (n___n). Terima kasih untuk segalanya. Kalau kamu minat bidang sains , jangan segan silu untuk join kelas 4 Sains (2012). Semoga berjaya ya...

~Hanafi : Megat risau dengan sikap kamu. Cubalah untuk membetulkan diri. Megat taw Pipi x buas, x nakal dan x jahat. Cuma Pipi perlukan perhatian kan?? Harapan Megat Hanafi menjadi insan yang berguna pada bangsa,agama dan negara kelak.. Megat tak mau Hanafi jadi Samseng sekolah nanti.

~ Mohammad (Mat Black) : Sorry pasal malam tu, Harap Mat Black ubah sikap panas baran tu taw.. Kesian kat adik-adik sama.. Depa sakit taw ark, bila kamu buat mereka macam tu.. Ok?? Miss u!!!

~ Amirul Mukminin : Semoga Kamu berjaya dalam PMR 2012. Bercinta u tak pa,tapi jangan lalai dalam pelajaran. Do the best!!!! Saranghaeyo~~~~

~ Syafiq Kasim dan Syariz : Megat mintak maaf pasal sapu ubat gigi kt muka.. Tapi, siapa suruh start dulu.. Hehehe.. LOSER!!! (^____^)

~ Amirul Haizad : Terima kasih ya.. Semoga kamu berjaya dalam SPM 2011 dan STPM 2013 (insyaallah, jika kamu follow kitaorang join Form6)

~ Mior : Megat nak mintak maaf pasal kejadian tu, bukan disengajakan ek.. Harap Mior dapat maafkan Megat taw.. Gud Luck untuk PMR 2012. Thanks sebab update Mo Siang!!

~ Abah : Megat tahu abah baik.. So, Megat doakan agar Abah dilembutkan hati dan berusaha untuk buktikan yang Abah adalah insan yang berguna kelak. Megat percaya Abah boleh. Jangan salah memilih SAHABAT!! Megat minta maaf jika Megat ada guriskan perasaan Abah.. Gud Luck untuk SPM 2011..

~ Zulfitri (Mat Gan) : Thanks 4 everything.. Megat mintak maaf jika ada salah dan silap.. Megat doakan Zulfitri berjaya dalam SPM 2012.. Jadilah insan yang berguna.. Peace!! (n__n)

~Hanif : Gud Luck untuk SPM 2012.. Maaf jika ada buat benda x baik kt kamu.. hehehe..

* Buat semua warga Aspura 2011 (nama yang x disebut) :-
- Megat dengan serendah-rendah diri ingin memohon seribu kemaafan jika Megat ada buat salah dan silap sepanjang perkenalan kita.. Doakan kejayaan Megat ya.. Terima Kasih untuk segalanya..

[ Semua Kenangan yang tersemat merupakan Anugerah yang Terindah pernah Megat miliki]

~ Sayang Asrama SMK Bakti ~

- With Love -
megat