EPILOG SILAM : TERSUNGKUR DI LEMBAH KEGELAPAN
PROLOG
Penyair Agung Khalil Gibran pernah berkata, "Cinta adalah satu-satunya bunga yang tumbuh mekar tanpa bantuan musim"....
Begitulah cinta Iwan terhadap Farah. Tidak pernah pudar mahupun bermusim. Namun, cinta yang sentiasa mekar dihati, dibajai rasa rindu yang tidak pernah terhapus hingga ke hujung nyawanya, hanya sekadar bayangan gurauan yang seringkali menghantui Iwan.
Dan demi cintanya itu, Iwan menguatkan diri. Berlari selaju mungkin menuju ke satu arah di mana dia akan menemui kembali cinta yang pernah diragut dari dalam hidupnya. Walaupun cinta itu adalah cinta terlarang.
Buih-buih cinta yang beterbangan dihembus bayu derita kian menerpa di setiap ruang sukma dendam.Perkenalan yang telah menyemai benih cinta kini sudah rosak kerana racun yang telah tumpah diatasnya.
Selepas perpisahan itu, Iwan tidak lagi bertemu dengan Farah mahupun wanita lain, keran hatinya yang terluka sukar untuk diubati. Cinta yang sering Iwan dambakan hilang bagai ditiup pawana sepi. Kerana takut disakiti kembali, Iwan memilih jalan untuk menyendiri bagi mencari pengubat sukma yang duka lara.
Namun, cinta yang datang kini. Bukan cinta yang diredhai Ilahi. Cinta yang terlarang telah mengetuk pintu hatinya dan cuba untuk memasukinya. Ketika Iwan putus cinta dengan Farah, usianya baru menjangkau 20-an. Ketika Iwan menyambung pengajian di Tingkatan Enam di SMK St. Xavier. Iwan telah mula meniupkan bibit cinta bersama Farah.Namun, selepas menerima keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan STPM. Iwan dapat melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Perakaunan di universiti tempatan. Ketika Iwan ingin berkongsi kegembiraan bersama Farah. Farah mula berpaling tadah kerana Iwan hanya seorang Mahasiswa bukan Ahli Perniagaan yang kaya. Farah lebih menghargai Harta berbanding cinta Iwan yang tulus suci.
Dalam kekecewaan, kehadiran seorang jejaka bernama Faizi yang sering memberi sinar harapan untuk Iwan telah mencuit rasa sayang terhadapnya. Pada mulanya, Iwan hanya menganggap Faizi sebagai seorang abang. Namun, sikap Faizi yang suka mengambil berat tentang diri Iwan membuatkan Iwan berasa selesa dan tenang apabila bersama disamping Faizi. Di sini, Epilog Silam ; Tersungkur di Lembah Kegelapan bermula.......
Saturday, January 29, 2011
Tuesday, January 11, 2011
~ Ceritera Citra Terindah ~
Apakah darjat seorang Sahabat, Kawan, Teman, Rakan dan Kenalan? Anda yang tentukan sendiri. GB hanya memilih untuk BerSAHABAT dengan kalian. Bukan sekadar KENALAN semata-mata. Mungkin kita mempunyai ramai Kenalan tetapi hanya 1/3 daripadanya adalah Rakan dan Kawan. Dalam kalangan Rakan dan Kawan pula, mungkin terdapat segelintir sahaja TEMAN yanag sentiasa menemani kalian. Begitu juga dengan diri GB... Tidak kira samada Teman Istimewa, Teman Rapat mahupun Teman Tapi Mesra. Mereka adalah Teman kalian yang sentiasa mengikuti perkembangan anda.. Kan? Di dalam kelompok Teman, terselit juga SAHABAT yang lebih memahami dan ikhlas bersama ketika susah dan senang.. GB anggap mcm hidup semati, sesah senang bersama lah... Mereka bukan sekadar Sahabat biasa, tetapi memberi Sumber Inspirasi, berkongsi Suka dan Duka bersama serta Bantu antara satu sama lain...
By,
Gerimis Bayu
By,
Gerimis Bayu
Subscribe to:
Posts (Atom)