Tuesday, January 11, 2011

~ Ceritera Citra Terindah ~

Apakah darjat seorang Sahabat, Kawan, Teman, Rakan dan Kenalan? Anda yang tentukan sendiri. GB hanya memilih untuk BerSAHABAT dengan kalian. Bukan sekadar KENALAN semata-mata. Mungkin kita mempunyai ramai Kenalan tetapi hanya 1/3 daripadanya adalah Rakan dan Kawan. Dalam kalangan Rakan dan Kawan pula, mungkin terdapat segelintir sahaja TEMAN yanag sentiasa menemani kalian. Begitu juga dengan diri GB... Tidak kira samada Teman Istimewa, Teman Rapat mahupun Teman Tapi Mesra. Mereka adalah Teman kalian yang sentiasa mengikuti perkembangan anda.. Kan? Di dalam kelompok Teman, terselit juga SAHABAT yang lebih memahami dan ikhlas bersama ketika susah dan senang.. GB anggap mcm hidup semati, sesah senang bersama lah... Mereka bukan sekadar Sahabat biasa, tetapi memberi Sumber Inspirasi, berkongsi Suka dan Duka bersama serta Bantu antara satu sama lain...

By,
Gerimis Bayu

No comments:

Post a Comment