Wednesday, November 16, 2011

.::Warkah Terakhir :::.

Assalamualikum dan Salam Sayang buat Semua...
Megat nak mintak maaf sebab dah lama megat tak update blog ni.. Bukan apa, sibuk kan.. Nak exam STPM ni... Tapi, hari ni.. Megat cuba untuk tidak menyibukkan diri.. Nak tahu kenapa?? Mood Megat sekarang tengah sedih ni.. Nak berpisah dengan mereka yang Megat sayang... Post kali ni, berkisarkan kehidupan Megat sebagai Pelajar Tingkatan Enam dan Pelajar Asrama.. Megat post entry kali ni untuk meluahkan apa yang terbuku di hati Megat selama hampir 1 Tahun di SMK Bakti.. Walaupun seketika cuma, namun Megat merasakan bagai bertahun serasi bersama mereka...
___________________________________________

Warkah Ku buat Mu :-

Assalamaulaikum w.b.t

Kehadapan adik-adikKu dan teman-temanku yang setia bersama Megat didalam suka mahupun duka. Selepas ini, Megat sukar menerima perkhabaran dan sahutan mesra penuh kasih sayang dari kamu semua.. Kamu tidak akan berjumpa lagi dengan Megat di SMK Bakti seperti setiap pagi kita bersama, setiap petang kita bersuka ria dan setiap malam kita belajar bersama.. Semua itu Megat akan abadikan sebagai kenangan kita bersama. Sejuta penghargaan buat kamu semua kerana sudi menerima Megat seadanya. Megat ingin memohon seribu kemaafan jika sepanjang perkenalan kita dan persahabatan kita diri ini mungkin menghiris perasaan kamu semua. Tidak lupa juga buat teman seperjuanganKu yang tidak pernah jemu dan bosan mendengar ceritera dan masalah serta rintihan sukmaKu. Megat bersyukur pada yang Maha Esa kerana dengan RahmatNya Megat berada di SMK Bakti dan Asrama yang indah ini. Buat Warden yang tersayang (Bakri Hanafiah), terima kasih kerana Cikgu telah memberi sumber inspirasi dan kekuatan untuk Megat teruskan perjuangan.. Terima Kasih CIKGU!!! Megat berada disini bukan kerana terpaksa tetapi kerana Megat terpanggil untuk menjenguk SMK Bakti yang selama ini Megat dengar pelbagai TOMAHAN sadis dan dahsyat.. Namun, setelah kaki ini melangkah ke pintu gerbang BAKTI, semuanya hanya Cerita Dongeng semata-mata... Hampir setahun Megat berada disini, pelbagai rintagan yang Megat hadapai, Kritikan dan cabaran yang seringkali menjenguk kehidupan seharian.. Satu Matlamat dan Cita Megat pautkan di dahan Perjuangan... Terima Kasih kepada anda semua yang telah membuat cita-cita Megat hampir menuju di mercu..

~ Buat Adik Tersayang (Ikhwan), Thanks 4 everything that U give to me before.. Thanks 4 ur caring and ur loving.. In this post, I gonna to ask ur apologize and hope U happy always also pass with flying color in SPM 2012. Fly to the SKY my lil bro be PILOT.. I always pray the best of luck for U "da emo boyz".

~Buat Pelajar Form6, Megat ingin memohon sejuta kemaafan dan berdoa agar kita semua berjaya menjejakkan kaki ke Merana Gading dan memperolehi keputusan yang cemerlang dalam STPM 2011.. Amin... Insyaallah.. C.U.D.IPT (Doakan Megat agar berjaya masuk ke Kolej Pembantu Perubatan dalam melangkah kaki ke profesion Penolong Pegawai Perubatan (PPP) yang berdedikasi kelak.. Amin)

~Buat Atif dan Fahmiezul : Terbaeeekkk Wook!! Tahun ini, tahun pertama dan terakhir Megat berada disini, serius rasa macam dah kenal korang mcm 10 tahun dah... Hehehe.. Sweet sangat.. Segala lambaian manis dan igauan pahit yang Megat perolehi bila bersama kamu.. Thanks taw.. Credit to both of U+++++

~ Buat Azri : Megat terkesima dengan ucapan kamu ketika Majlis Perpisahan Aspura 2011 di surau dengan kata-kata kamu. "Semoga Megat berjaya dalam MA (penolong pegawai perubatan). Thanks Dude (n____n) [Megat akan ingat ucapan itu].

~ Buat Sufi : Megat nak minta maaf jika selama Megat tinggal di Aspura, Megat tidak mengikut arahan kamu.. Kamu memang terbaeekkk!! Thanks sebab sering ingatkan Megat mengenai Islam. Semoga kamu sukses di dunia & akhirat.

~ Asyraf Puteh : Ini pertama kali Megat dengar luahan hati kamu.. Tersentuh hati Megat mendengarnya. Thanks sebab menjadikan Megat terbaik dari abang kandung kamu.. Tapi, Asyraf kena ingat taw, walaubagaimanapun sikap mereka kepada kamu.. Ingat!! Mereka adalah darah daging kamu.. Mungkin mereka terlepas pandang, cuba untuk tarik perhatian mereka kembali.. Insyaallah, asyraf akan happy dengan family kamu.. Amin... Megat harap Asyraf tidak mengikut jalan yang salah dalam mencari Teman.. Kamu Boleh!!!

~ Fakhrul : Kamu adalah insan yang sangat istimewa yang pernah Megat kenal.. Kamu manja,comel dan memiliki suara yang lunak. Gunakan kelebihan yang kamu perolehi dengan sebaik mungkin.. BOLEH??? Megat juga memberi pengharapan yang amat tinggi agar Fakhrul tidak merokok lagi dan cuba menjadi anak yang soleh.. Amin... Insyaallah..

~Ridzuan (Bedot) : Thanks sebab kamu sudi menggambarkan Megat sebagai Abang kamu.. Tapi ingat, abang Wan buat macam tu, mungkin dia ada alasan yang kukuh.. Wan cuba untuk dekati dan bermanja dengan abang kamu ya... Terima Kasih juga kerana memberi kasih sayang seorang adik buat Megat.. Rindu kamoo ketat-ketat.Megat harap, wan pun dapat jadi seorang PPP suatu hari kelak.. Paramedic 4 Malaysia (^___^)v.. Peace..

~Mizan : Cubalah untuk Jadi matang!! Ok??

~ Haris : Megat mintak maaf pasal kes dulu ek.. Haris baik.. Cuma, Haris salah pilih kawan.. Megat harap, haris pun x merokok lagi taw.. Semoga Haris menjadi anak yang SOLEH!!!

~ Ashraf Azhar : Thanks 4 everything.. Memang terbaeekkk wokk!! Serius, happy sangat dengan kamu walaupun kita kejap je dapat kenal.. But, enjoy.. Semoga Ashraf berjaya dalam SPM 2011.. Amin..

~ Zulkifli (karpet) : Megat nak mintak maaf kalau ada buat apa-apa kt Zul.. Semoga berjaya dalam PMR 2012.. Buat yang terbaik..

~ Najmi ; Megat nak minta maaf pasal hari tu.. Bukan megat nak pinggirkan kamu.. Cuma, pada masa itu.. Megat ada banyak masalah sangat.. So, sorry sebab abaikan kamu.. (n___n). Terima kasih untuk segalanya. Kalau kamu minat bidang sains , jangan segan silu untuk join kelas 4 Sains (2012). Semoga berjaya ya...

~Hanafi : Megat risau dengan sikap kamu. Cubalah untuk membetulkan diri. Megat taw Pipi x buas, x nakal dan x jahat. Cuma Pipi perlukan perhatian kan?? Harapan Megat Hanafi menjadi insan yang berguna pada bangsa,agama dan negara kelak.. Megat tak mau Hanafi jadi Samseng sekolah nanti.

~ Mohammad (Mat Black) : Sorry pasal malam tu, Harap Mat Black ubah sikap panas baran tu taw.. Kesian kat adik-adik sama.. Depa sakit taw ark, bila kamu buat mereka macam tu.. Ok?? Miss u!!!

~ Amirul Mukminin : Semoga Kamu berjaya dalam PMR 2012. Bercinta u tak pa,tapi jangan lalai dalam pelajaran. Do the best!!!! Saranghaeyo~~~~

~ Syafiq Kasim dan Syariz : Megat mintak maaf pasal sapu ubat gigi kt muka.. Tapi, siapa suruh start dulu.. Hehehe.. LOSER!!! (^____^)

~ Amirul Haizad : Terima kasih ya.. Semoga kamu berjaya dalam SPM 2011 dan STPM 2013 (insyaallah, jika kamu follow kitaorang join Form6)

~ Mior : Megat nak mintak maaf pasal kejadian tu, bukan disengajakan ek.. Harap Mior dapat maafkan Megat taw.. Gud Luck untuk PMR 2012. Thanks sebab update Mo Siang!!

~ Abah : Megat tahu abah baik.. So, Megat doakan agar Abah dilembutkan hati dan berusaha untuk buktikan yang Abah adalah insan yang berguna kelak. Megat percaya Abah boleh. Jangan salah memilih SAHABAT!! Megat minta maaf jika Megat ada guriskan perasaan Abah.. Gud Luck untuk SPM 2011..

~ Zulfitri (Mat Gan) : Thanks 4 everything.. Megat mintak maaf jika ada salah dan silap.. Megat doakan Zulfitri berjaya dalam SPM 2012.. Jadilah insan yang berguna.. Peace!! (n__n)

~Hanif : Gud Luck untuk SPM 2012.. Maaf jika ada buat benda x baik kt kamu.. hehehe..

* Buat semua warga Aspura 2011 (nama yang x disebut) :-
- Megat dengan serendah-rendah diri ingin memohon seribu kemaafan jika Megat ada buat salah dan silap sepanjang perkenalan kita.. Doakan kejayaan Megat ya.. Terima Kasih untuk segalanya..

[ Semua Kenangan yang tersemat merupakan Anugerah yang Terindah pernah Megat miliki]

~ Sayang Asrama SMK Bakti ~

- With Love -
megat

No comments:

Post a Comment