Thursday, June 23, 2011

KECEWA~~ (T_T)"


Lumrah manusia, seringkali terleka dengan apa yang dimiliki sehinggakan terlepas dari genggaman mereka.......

Aku seringkali belajar daripada mengenal erti kehidupan amnya, dan Persahabatan khususnya... Pabila, aku terdiam kaku... Memikirkan tentang masalah yang menimpa diriKu.. Aku perlukan Teman,Sahabat dan Rakan untuk memberiKu pendorong dalam menepis kesedihan yang acapkali menghinggap di lubuk hati....

Namun, mungkin aku tersilap, mungkin juga aku tidak mengerti tentang apa yang dikatakan dan ingin diperkatakan oleh mereka... Oleh itu, aku perlu tabah menghadapi dugaan yang terus melanda ini... Menguntai kata untuk dirasa boleh diibaratkan seperti menanam tebu di tepian bibir...

Sunday, June 12, 2011

.:::I'll Be BACK:::.


Mulakan Azam baru untuk SEMESTER yang Ke-3.......

Hahaha... Cuti Midsem dah HABIS.... Sedih (T.T)" Sebab x boleh dok kt umah... Rindu Kt Family... (n____n)

Azam bagi Sem baru nie... Nak study betoi2.. Untuk kesenangan masa hadapan... So, harap semua masalah yang aku ada sebelum nie, akan hilang dan terpadam.. Harap sangat jangan lah ada masalah lagi selepas nie.. Biarkan Saya Hidup Dengan Tenang!!!!! (Luahan Hati).... ^_^

Apapun, aku dok Pra-U nie, banyak dugaan dan tomahan.. So, untuk aku tebus balik apa yang Orang dok cakap pasai aku... Dengan segulung ijazah.. Insyaallah....... (^_^)

Harapan, DOA Mak akan sentiasa mengiringi MEGAT kt sini untuk berjaya.... Mak, Abah, Kakak... Doakan kejayaan MEGAT!!!!

Friday, June 10, 2011

Warkah BuatMu Teman



Insan adalah makhluk yang seringkali alpa dalam meniti kehidupan....

Acapkali, daun nyior melambai-lambai tanda kehadiran kamu dalam hidupKu... Pada ketika itu juga, kamu melalui sebatang jalan yang di temani oleh pohonan lalang yang memberi senyuman ketika bayu halus meniup lagu kasih... Antara terkesima dan kerinduan aku menyambutMu dengan penuh Kesabaran untuk mengejar mimpi-mimpi indah sewaktu kita kecil dahulu.. Dilambung deruan air sungai yang mengalir, bersaksikan pohonan malar hijau serta berpaksikan batuan kerikil sungai, begitulah JANJI kita untuk bersama selamanya terpahat dalam sanubari.. Warkah telah Ku abadikan dalam sehalai kertas yang tiada nilai.. Namun, kertas putih ini, melambangkan kesucian Persahabatan kita.. KAU terus alpa dan terleka dihanyut kejayaan yang tiada kesudahan.. AKU juga mengerti, pada bibirMu Persahabatan masih wujud antara kita.. Namun, pada atmanya... Kamu memungkiri JANJI kita dahulu... MasihKu melihat potret Kamu di perantauan, bertemankan ebun abadi yang putih.. Kamu telah Berkata kepadaku "Haikal, ini gambarKu bersama impianKu iaitu bermain salju".. Aku menyimpan dan akan terus tersimpan sebagai kenangan AKU & KAMU sebagai TEMAN...
Warkah yang aku layarkan pada bahtera yang sudah karam, membuatku lebih terluka tertusuk tombak persahabatan kita.... Kau tetap sahabatKu... Selamanya....

Sunday, June 5, 2011

MidSem Break 2011!!!!!!!!!


Salam sayang buat diriKu dan Teman2 kalian.... So, Cuti kali nie, x best langsung... Sebab, Nset aku ilang!!!!!!! Sape ntah yag curi... Memang X halal dunia n akhirat.. Nset tu, selalu menemani aku tika kesunyian, happy, nak take pic utk memori... So, sekarang......... memori semua dah ilang... Yang aku sedih... X dapat nak contact member2 yang aku save dlm memori phone tu.. sedih!!!!!!!!

Midsem Break!!

Hari Pertama aku, just usha Youtube... Tengok video artis Kpop... I LoVE kPOp.... hahahaha...
Hari kedua, Sama je..... Hari ketiga, Sama jugak.. N hari seterusnya.. Membuka assignment Pengajian Am K2.. Ouch!!! Banyak Gilur kot.... Aku g 2syen kt kolah.. Thanks ar buat Cikgu Asiah N Cikgu Aida coz sudi uat 2syen BM1 and Geo Fizik.... Best kot.... (n_____n)..

Dalam cuti nie jugak!! Kak Aku bertunang... Tahniah kpd Nor Shuhana Binti Mohd Noor kerana dah nak kahwin... (p/s : wat wedding ceremony yang grand ek!!!) huhuhuhhu..
Aku baru nak uat assignment kot.. Pada Hari nie!!!!! 06.06.2011 Cantik tarikh nie.. Pandai aku pilih.. (wakakakak)

Saturday, January 29, 2011

EPILOG SILAM by GerimisBayu

EPILOG SILAM : TERSUNGKUR DI LEMBAH KEGELAPAN

PROLOG

Penyair Agung Khalil Gibran pernah berkata, "Cinta adalah satu-satunya bunga yang tumbuh mekar tanpa bantuan musim"....

Begitulah cinta Iwan terhadap Farah. Tidak pernah pudar mahupun bermusim. Namun, cinta yang sentiasa mekar dihati, dibajai rasa rindu yang tidak pernah terhapus hingga ke hujung nyawanya, hanya sekadar bayangan gurauan yang seringkali menghantui Iwan.

Dan demi cintanya itu, Iwan menguatkan diri. Berlari selaju mungkin menuju ke satu arah di mana dia akan menemui kembali cinta yang pernah diragut dari dalam hidupnya. Walaupun cinta itu adalah cinta terlarang.

Buih-buih cinta yang beterbangan dihembus bayu derita kian menerpa di setiap ruang sukma dendam.Perkenalan yang telah menyemai benih cinta kini sudah rosak kerana racun yang telah tumpah diatasnya.

Selepas perpisahan itu, Iwan tidak lagi bertemu dengan Farah mahupun wanita lain, keran hatinya yang terluka sukar untuk diubati. Cinta yang sering Iwan dambakan hilang bagai ditiup pawana sepi. Kerana takut disakiti kembali, Iwan memilih jalan untuk menyendiri bagi mencari pengubat sukma yang duka lara.

Namun, cinta yang datang kini. Bukan cinta yang diredhai Ilahi. Cinta yang terlarang telah mengetuk pintu hatinya dan cuba untuk memasukinya. Ketika Iwan putus cinta dengan Farah, usianya baru menjangkau 20-an. Ketika Iwan menyambung pengajian di Tingkatan Enam di SMK St. Xavier. Iwan telah mula meniupkan bibit cinta bersama Farah.Namun, selepas menerima keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan STPM. Iwan dapat melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Perakaunan di universiti tempatan. Ketika Iwan ingin berkongsi kegembiraan bersama Farah. Farah mula berpaling tadah kerana Iwan hanya seorang Mahasiswa bukan Ahli Perniagaan yang kaya. Farah lebih menghargai Harta berbanding cinta Iwan yang tulus suci.

Dalam kekecewaan, kehadiran seorang jejaka bernama Faizi yang sering memberi sinar harapan untuk Iwan telah mencuit rasa sayang terhadapnya. Pada mulanya, Iwan hanya menganggap Faizi sebagai seorang abang. Namun, sikap Faizi yang suka mengambil berat tentang diri Iwan membuatkan Iwan berasa selesa dan tenang apabila bersama disamping Faizi. Di sini, Epilog Silam ; Tersungkur di Lembah Kegelapan bermula.......

Tuesday, January 11, 2011

~ Ceritera Citra Terindah ~

Apakah darjat seorang Sahabat, Kawan, Teman, Rakan dan Kenalan? Anda yang tentukan sendiri. GB hanya memilih untuk BerSAHABAT dengan kalian. Bukan sekadar KENALAN semata-mata. Mungkin kita mempunyai ramai Kenalan tetapi hanya 1/3 daripadanya adalah Rakan dan Kawan. Dalam kalangan Rakan dan Kawan pula, mungkin terdapat segelintir sahaja TEMAN yanag sentiasa menemani kalian. Begitu juga dengan diri GB... Tidak kira samada Teman Istimewa, Teman Rapat mahupun Teman Tapi Mesra. Mereka adalah Teman kalian yang sentiasa mengikuti perkembangan anda.. Kan? Di dalam kelompok Teman, terselit juga SAHABAT yang lebih memahami dan ikhlas bersama ketika susah dan senang.. GB anggap mcm hidup semati, sesah senang bersama lah... Mereka bukan sekadar Sahabat biasa, tetapi memberi Sumber Inspirasi, berkongsi Suka dan Duka bersama serta Bantu antara satu sama lain...

By,
Gerimis Bayu